Friday 21 September 2012

Air mata seorang wira.

Assalamualaikum...

ok baru sampai mood nak menulis. Straight to the cerita, Masa aku otw nak datang kerja malam tadi, sampai separuh julan hujan turun bercucuran ke tanah ciptaan tuhan. then aku pun stop la dekat satu bus stand ni. then seorang makcik juga berhenti dalam kebasahan yang kurang lenjun berbanding aku. tak adil betul. haha. aku pu cakap kat mak cik tu makcik duduk bawah ni biar saya bawak naik motor makcik atas ni.

aku pun dengan rela di basahi hujan bawak mototr makcik tu naik kat bus stand tu. then aku pun tanya "mak cik nak kemana?". sahut mak cik teersebut " mak cik nak balik rumah ". then kami sembang pung pang pung pang.

then sampai satu part, aku tanya tentang anak dia, well aku ni memang peramah dengan orang tua. mak cik tu pun dengan rela cerita pasal anak perempuan tunggal dia. usia 25 tahun, dia cerita anak dia dah 2 minggu tak balik rumah, pergi kemana dia pun tak tahu. anak dia tak bekerja. mak cik tu juga seorang janda setela di cerai suami 20 tahun yang lalu. sambil mak cik tu bercerita kisah sedihnya, terlihat matanya berkaca. YaALLAH kalau la dia ada pertalian darah dengan aku, mau aku peluk dan tenangkan mak cik ni, seperti aku memeluk Ibu aku.

Tiba-tiba hati jahat aku berbisik, "apa hal orang tua ni cerita segala menda ni kat aku?!" then hati baik aku pula berkata " mungkin dia tiada siapa untuk bercerita tekanan dan segala permasaalahan dalam hidup dia. Kesian ". aku tak sempat tanya nama dia, kesian betul mak cik tu. Hujan dah sedikit reda, aku pun mintak excuse kat mak cik tu, aku perlu beransur sebab nak kerja. mak cik tu pun aku nak gerak, dia pun nak gerak. mungkin takut duk sorang. aku turunkan motor dia dan startkan sekali. itu lah pertolongan terakhir aku untuk mak cik tu. kesian betul aku tengok.


p/s : aku harap kita yang mana keluarga bahagia ni, bersyukurlah.


1 comment:

  1. hang tak pernah peluk aku pun bila aku nangis. tak adil. taik.

    ReplyDelete