Tuesday 9 October 2012

Seterika Man.


Assalamualaikum.

engkorang mesti rasa gembira sebab dah lama blog ni senyap.tak-tak jangan gembira lagi,aku masih belum mati. sebenarnya tajuk entry kali ni tak da kena mengena dengan seterika pun.saje la aku nak tulis tajuk tu. sila jangan bantah!

ya kawan-kawan,rambut kita sama hitam,kalau tak hitam tu maknanya korang bangang.sebab apa?sebab warna rambut.kalau uban tu lain kes la, jangan dungu sangat.*ok sambung

tapi kita semua dilahirkan dari latar belakang yang berbeza, suasana yang berbeza, persekitaran yang berbeza, dan cara hidup serta didikan yang berbeza. semua orang ada masalah sendirikan? sejak kebelakangan ni mungkin ya ada diantara kita yang murung. dan apa yang aku lihat, mereka berkata-kata tentang kemurungan manusia tersebut. sebenarnya secara ikhlas aku tak suka sikap tu. contohnya aku murung, lepastu kat belakang aku ada yang berkata-kata " syakir tu macam gampang,nak mendap2 sentap2.kiwak!". ok itu contoh.

pada aku as a friend, kalau betul2 true friend we supposed to ask him apa dan kenapa serta apa kebenda yang membuatkan beliau murung. kita patut faham yang semua orang ada masalah sendiri. dan kita tak boleh compare masalah dia dan kita macam mana. kerana cara setiap manusia menangani berfikir serta mencari jalan untuk mengatasi masalah berbeza2. macam cara makan, ada yang makan duduk, ada yang makan berdiri ada yang makan silang kaki ada yang makan sambil berak*ok sambil berak tu tipu. tapi betullah,cara manusia dan kita semua tak sama. jadi aku rasa kita harus faham dan tanya selami apa masalah dia sampai jadi gitu.

fried should always there for friends. tu je aku nak kabo. sekian wassalam.

p/s : ok kepala aku dah berat.

Sunday 30 September 2012

Asonansi

Assalamualaikum...

Ok ini salah satu cerita epic dalam hidup aku serta kawan2 sekalian. yesterday punya yesterday aku dan rakan2 yang lain pergi membuang masa dan melakukan aktiviti sia2 kami, kami pergi lepak. biasala hari sabtu, lepak apa ada hal. baru la belia !

yang paling best kami lepak la ke satu taman reakriasi polo namnya.mana datang nama polo entahla.pergi jahanam semua tu, malas aku nak kaji. itu di luar bidang aku. kebetulan ada sekumpulan pondan melayu. oh men, kalau cerita pasal pondan melayu ni memang kecewa betul abang dengan mereka. kalau jadi lelaki betul2kan bagus. * oh dunia ini penuh kepalsuan ~

ok sampai part epic, kebetulan sekali lagi ada sekumpulan pelajar yg terdiri dari pada gadis2 semasa nak buat research pasal pondan2 ni. macam biasa aku la paling king, pergi bertanya dulu. kahkah :p. ok sembang dengan budak2 tu then jadi kawan. cerita selanjutnya malas la aku nak sembang.* ok belum epic

haa ni part epic, sembang2 kemudian kami pun belah la pergi minum, dan aku kabo la kat budak2 tu kami nk pergi minum kat mana. masa baik punya lepak budak2 tu pun datang kat kami dan lepak sekali. lepak2 lepastu kami pergi la ke satu tempat ni nama dia lokin. korang pergi google la pasar karat atau memory lane kat ipoh ni, musti ada, kalau tak da google memang yahudi.

ok ini part betul2 epic, kawan aku sorang ni nama dia AP(bukan nama sebenar). akai dia kalau dengan perempuan memang A. aku paling hebat pun C+. iri hati betul. haha,. masa budak2 tu cakap nak belah, dia menggunakan teknik dia mintak no phone. ok memang hebat. aku salute. itu saja yang epic bagi aku. ok bai.

p/s : asonansi tu sebab aku menulis sambil layan lagu. (Asonansi = pengulangan bunyi vokal dlm deretan kata spt secupak dan sesukat, atau pokok dan tokoh. - Kamus Dewan Edisi Empat.)

Friday 21 September 2012

Air mata seorang wira.

Assalamualaikum...

ok baru sampai mood nak menulis. Straight to the cerita, Masa aku otw nak datang kerja malam tadi, sampai separuh julan hujan turun bercucuran ke tanah ciptaan tuhan. then aku pun stop la dekat satu bus stand ni. then seorang makcik juga berhenti dalam kebasahan yang kurang lenjun berbanding aku. tak adil betul. haha. aku pu cakap kat mak cik tu makcik duduk bawah ni biar saya bawak naik motor makcik atas ni.

aku pun dengan rela di basahi hujan bawak mototr makcik tu naik kat bus stand tu. then aku pun tanya "mak cik nak kemana?". sahut mak cik teersebut " mak cik nak balik rumah ". then kami sembang pung pang pung pang.

then sampai satu part, aku tanya tentang anak dia, well aku ni memang peramah dengan orang tua. mak cik tu pun dengan rela cerita pasal anak perempuan tunggal dia. usia 25 tahun, dia cerita anak dia dah 2 minggu tak balik rumah, pergi kemana dia pun tak tahu. anak dia tak bekerja. mak cik tu juga seorang janda setela di cerai suami 20 tahun yang lalu. sambil mak cik tu bercerita kisah sedihnya, terlihat matanya berkaca. YaALLAH kalau la dia ada pertalian darah dengan aku, mau aku peluk dan tenangkan mak cik ni, seperti aku memeluk Ibu aku.

Tiba-tiba hati jahat aku berbisik, "apa hal orang tua ni cerita segala menda ni kat aku?!" then hati baik aku pula berkata " mungkin dia tiada siapa untuk bercerita tekanan dan segala permasaalahan dalam hidup dia. Kesian ". aku tak sempat tanya nama dia, kesian betul mak cik tu. Hujan dah sedikit reda, aku pun mintak excuse kat mak cik tu, aku perlu beransur sebab nak kerja. mak cik tu pun aku nak gerak, dia pun nak gerak. mungkin takut duk sorang. aku turunkan motor dia dan startkan sekali. itu lah pertolongan terakhir aku untuk mak cik tu. kesian betul aku tengok.


p/s : aku harap kita yang mana keluarga bahagia ni, bersyukurlah.


Thursday 20 September 2012

Ape laaa...


Assalamualaikum.

ok sedang aku bergaya merayau rayau di twitter tetiba ada makwe ni post Gud Morning. aku dengan bermodalkan muka hensem dan dp baru kt twitter test la reply tweet dia.ok part yang best dia reply balik dan kami bertweet dua tiga kali,.

Lepastu bila aku nak skodeng Profile twitter dia tak boleh. rupanya dia dah unfollow aku dan block aku. kebabian apakah ini ? apa dosa aku woi, apa dosa aku. oleh yang demikian sekaligus aku rasa macam dia unfollow dan block aku sebab aku tak hensem.

atau pun dia terlihat rupa aku macam seekor raksasa ganas. "ape laaa" *gaya akmal


p/s : ok saja update mengelakkan dari bersawang blog ni.


Sunday 22 July 2012

Puasa oh Puasa

Assalamualaikum warahmatullah.


dah lama abang tak meroyan dalam ni.kehkehkeh maklumla abang ni sibuk memanjang sekarang.nak kerja lagi,jaga anak lagi(anak kucing),nak bersosial lagi,nak bersukan lagi.buzy oi.


di bulan puasa ni baru abang ada akal sebenarnya nak up entry baru.kehkehkeh maklumla abang ni slowpoke sikit bab-bab menulis ni. mana ada bakat macam u olls. u olls memang power bab cerita tentang diri sendiri dan apa yang u olls buat hari-hari.


kome tahu bulan puasa ni sebenarnya mencabar betei bagi abang. mau taknya, hal tahan lapo dah satu menda, hal dahaga dah satu menda, pastu yang paling power untuk abang bila mana abang buka fesbuk dan bila mana abang pergi ke bazar romadon. korang tahu, abang dah tak tahu setakat dua tiga hari puasa ni berapa banyak ja pahala yang abang dapat. mau taknya asal abang buka fesbuk je ya rabbi kome, gambo boleh membuatkan lelaki macam abang ni jatuh hukum wajib kahwin!


kome tahu ini bulan puasa, kalau ye pun nak keneraka, janganlah tarik orang yang insani serta beriman macam abang ni. kehkehkeh :p


lagi satu menda abang nak meroyan ni, pasal ke bazar romadon. dah la kome pakai pakaian yg menjolok mata, dah tu pergi dengan bopreng. kome tahu dok, abang ada dengar satu ceramah dari ustaz ni. katanya beriftar atau pun pergi ke bazar romadon berdua2an bersama kekasih, adalah seperti anda menghina romadon.



Abang tak tahu la entah berapa kali lagi abang akan hadapi menda2 gini di bulan romadon ni. kome ni nak kurangkan pahala puasa pun nak tarik abang sekali. isk isk isk . 


ok dah la, abang dah malas nk menulis ni,mengantuk. apa2 pun kiranya belum lambat lagi la abang nk ucap Selamat menyambut bulan romadon.








p/s : bulan romadon ni adalah bulan perjuangan.perjuangan kita mengawal diri dan nafsu tahu ! abang tengah berjuang la ni. berjuang dengan perangai kome yg boleh tahan bangang! kbai

Monday 14 November 2011

Melankolik

Assalamualaikum ...

Hye Penggila - penggila internet sekalian . Gua dah lama tak update Blog ni , dah bersawang gua tengok blog gua yang tak seberapa ni .

Melankolik Frasa melankolik yang bermaksud " berasa atau mem­perlihatkan perasaan sedih atau dukacita "(kamus dewan edisi keempat) .





Inilah Perasaan Yang Gua Rasa Sekarang . Memang Power .

Saturday 1 October 2011

Breakup Lines , Dan Double Meaning by boys !

Assalamualaikum ...

Tahukah Anda , Bila Bf Korang nak dump korang , korang perasan tak , ayat - ayat mereka memang murni dan alasan deorang jugak munasabah gila . Dan Dengan ayat Murni Tersebut Lah membuatkan Korang Bulehla Terima Yang mereka dump korang .
Disebalik frasa - frasa ayat murni dan alasan - alasan konkrit tersebut , sebenarnya ada makna tersirat or dalam omputehnye its been called "DOUBLE MEANING" .

Jom Gua Kasik Contoh Sikit :-





Haaaaa , nampok dak ? Ekceli , bila bf  korang kasik alasan nak dump korang tuh , alasan mereka tuh , dusta belaka - laka . Tapi korang tahu , Gua bukan camtuh , Gua baik apa . Kah kah kah .



So , Bila Korang Kena Dupm nanti , atleast korang tahu lah bahawa alasan - alasan murni beliau tuh , dusta belaka - laka , Cilaka betoi , Petuihhh .

Dan , Tahukah Anda , Semanis manapun janji yang pernah dilafaz , ingatlah kita masih terikat pada ketetapan Allah . Seindah manapun bayangan hari depan yang diimpikan , ingatlah kita tetap menerima keputusan dari Allah . Dari Nya ianya datang ... KepadaNya kita harus redha , pasrah dan berserah ... 

p/s : Bila lu orang dah kena dump , janganlah kecewa ibarat kau bukan orang islam , Bunuh Diri bagai , lari dari rumah , telan pil2 bangang dan sebagainya . Ingatlah yang kau ada Allah swt yang sentiasa disisi . Mengadu padanya yang maha mendengar , mohon kepadanya supaya kau orang dapat hidup yang lebih baik ...